Kolej Yayasan Islam Terengganu telah ditubuhkan pada 2018. Merupakan anak Syarikat kepada Yayasan Islam Terengganu. Kampus KYIT terletak di Binjai, Kemaman. KYIT komited dalam menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma. KYIT berperanan melahirkan graduan holistik yang berilmu, berkemahiran serta memiliki sahsiah yang tinggi selaras dengan nilai-nilai Islam.
Melahirkan dan membentuk modal insan yang berpengetahuan tinggi dengan ilmu agama yang utuh, berakhlak mulia dan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras pegangan hidup.
Melahirkan modal insan dan ilmuan Islam yang berjaya dengan memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang benar tentang Islam dan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mengaplikasikan pengintegrasian Ilmu Wahyu dan Pendidikan Islam ke dalam pelbagai bidang pengajian ditawarkan bagi membentuk dan mengukuhkan akidah, akhlak dan ilmu pelajar.
Memartabatkan sebuah institusi ilmiah dalam Pengajian Islam yang mampu berfungsi sebagai pusat sumber rujukan Islam, Al-Quran dan Al-Sunnah di Malaysia.
Akreditasi Penuh MQA
Membentuk pendidik awal kanak-kanak yang pakar dalam perkembangan awal berlandaskan nilai Islam.
Memperdalam ilmu syariah dan usuluddin dengan pengintegrasian ilmu wahyu yang komprehensif.